Kelas Tuisyen SPM 2011
![]()
Untuk memastikan kejayaan para pelajar, SMK Ledang telah memulakan program kecemerlangan untuk tahun 2011 dengan Kelas Tuisyen Malam bagi para pelajar tingkatan 5 aliran Sains dan Sastera. Program dimulakan dengan pihak sekolah mengadakan majlis taklimat terperinci kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka menyertai program pada 21/3/2011 bertempat dewan blok B SMK Ledang.

Penolong Kanan 1 SMK Ledang, En Levan a/l Koran selaku wakil sekolah memberikan memberikan ucapan alu-aluani kepada ibu bapa yang hadir.

YDP PIBG,En Zainuddin memberikan keyakinan kepada ibu bapa berkaitan dengan Program Kecemerlangan yang akan dijalankan.

En Saliman Yunos selaku penyelaras untuk Program Kecemerlangan ini, memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan perjalanan kelas tuisyen yang akan dijalankan kepada ibu bapa.

Ibu bapa yang penuh dengan harapan, kusyuk mendengar penjelasan yang diberikan.

Bersama satu harapan...

Bermulanya satu perjuangan menghadapi segala kesukaran............
Akan aku buktikan bahawa, kejayaan adalah hak milikku yang mutlak......

English Month 2011
English Language Is A Universal Language
7 mac 2011, Bulan Bahasa Inggeris telah dilancarkan oleh Penolong Kanan 1, SMK Ledang, En. levan a/l Koran.Upacara pelancaran telah disempurnakan pada Perhimpunan Rasmi Sekolah.Ianya disaksikan oleh para pelajar dan para pendidik SMK Ledang.Banyak aktiviti yang bakal dijalankan di mana pelbagai hadiah menanti para pelajar yang mengambil bahagian.
'English Month 2011' adalah bertujuan untuk :
1) Meningkatkan kesedaran para pelajar tentang pentingnya Bahasa Inggeris.
2) Menggalakkan para pelajar agar menukar tanggapan mereka terhadap Bahasa Inggeris.
3) Menggalakkan pelajar agar meningkatkan secara aktif Bhasa Inggeris mereka.
Antara program/aktiviti menarik yang akan dijalankan:
1)Story-Telling Competition(Form 1-3)
2) Public Speaking Competition(Form 4-5)
3) Singing Contest/Karaoke(Open)
4)Making a pledge Contest
5)Essay writting Competition
6)Spell-It-Right Competition
7)POP Quizzes
8)Drama Presentation(Form 2)
9) Crossword Puzzles
Penglibatan para pelajar amat dialu-alukan bagi menjayakan 'English Month 2011'
Sila Login
Menu Pengguna
Galeri Gambar
Cadangan
Halatuju
- Visi: Menjadikan SMK Ledang Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
- Misi: Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.
- Motto: Bersusila Teguh Pendirian








